Monday, May 11, 2009

AIM 1 & 2

Graphicube telah bekerjasama dengan Arif Illustrations & Publications Sdn Bhd untuk menghasilkan Modul Asas Intervensi AIM 1 & 2. Modul ini dibina bagi meningkatkan kemahiran asas membaca dan kemahiran membaca perkataan untuk murid prasekolah, murid Pendidikan Pemulihan Khas dan murid tahun 1.

Ia juga sebagai alat bantuan mengajar bagi para guru dan ibu bapa dalam usaha untuk membina asas mahir membaca pelajar-pelajar dan anak-anak mereka. Buku ini ditulis oleh Kamisah binti Buang, pensyarah di Institut Pendidkan Guru Malaysia., Kampus Tun Hussein Onn, Johor.Beliau telah berjaya memenangi Anugerah Kualiti Pengurusan 2006 oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Anugerah Guru Inovatif Daerah Kulai 2007, Anugerah Penulis 2007 dan Anugerah Aktif Penulisan Hari Kualiti 2008. Buku telah mendapat sambutan hangat dari pada sekolah-sekolah di negeri Johor dan diharapkan dapat menembusi pasaran seluruh Malaysia tidak lama lagi.

No comments: